Allez la France'



Fuhhh...penuh kelegaan apabila France berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Brazil 2014.. Kemenangan 3-0 di Stade de France.. Memang miracle..kerana tiada lagi pasukan Eropah yg berjaya overturn defisit 0-2 kerana France telah kalah pada perlawanan di Ukraine tempohari utk 1st leg.

France merupakan nama besar pada kejohanan peringkat antarabangsa.. so far aku sokong France sejak era Zinedine Zidane & Friends semenjak tahun 1998 lg.. sehingga lh kini..yezzzaa.. :)

So skrg x sabar nk tunggu jersi baru France utk piala dunia tahun 2014 ni..sure beli punya lh..hehe..

Selamat Tahun Baru 2012

semoga di tahun baru ni segala yang kita idamkan akan menjadi kenyataan...tingkatkan pahala dan amal ibadat..insyallah diberkati dunia akhirat...amin... :)

Tips keselamatan : Helmet Fullface



Kalo cite pasal helmet fullface, mmg tak heran ler bg pemilik motor berkuasa besar..100% semua menggunakannye. Tapi..pernah tak terfikir Helmet Fullface tak kurang pentingnya bg pengguna2 motorsikal bersisi kecil ( motor cub)? Harap topic ni dpt memberi sedikit kesedaran tentang keselamatan diri seseorang penunggang motorsikal ber-cc rendah.

Tak kene gelak ke naik motor kecik tp pakai helmet fullface?

Bagi aku..aku cukup respect jika penunggang motorcub/scooter dan lain2 ler yg ber-CC rendah memakai helmet jenis FULLFACE. Orang kata “keselamatan bukan terletak pada jenis motor nya..jatuh tetap sakit tak kire ler motor ape pon..". Sekurang2 nye blh ler menyelamatkan dagu atau muka dari tercedera teruk.

Aku share skit pengalaman kemalangan yg berlaku pd kwn aku satu ketika dulu. Bayangkan jika visor helmet fullafce dia pun boleh tertanggal inikan pula jenis yang ‘open face’ yg takde protection utk muka & dagu. Kalo tidak..mmg confirm ler dagu hilang/berjahit. Nampak tak? Fullface helmet serba skit mampu memberikan protection utk muka dan dagu jika berlaku perkara yg tak diingini.

Mahal sgt ler helmet fullface..

Skg dh tak blh pakai dah alasan helmet fullface mahal. Ada juga harga yg mampu milik dari rm200-RM400 spt contoh jenama LTD & SOL (bergantung pd jenis & model). Jika ada bajet yg tinggi >RM1000..blh ler sambar jenama spt SHOEI, ARAI, AGV, SHARK dan lain2 lah. Skg mmg dh banyak jenis2 helmet fullface dipasaran..carik jer!! Kumpul duit skit2..bile dh cukup beli sebijik.

“safety with style” beb..!!!

So..mcm mana? bermulalah dari sekarang..InsyaAllah, anda mampu mengubahnya..beringat sebelum kena...ingatlah orang yg tersayang...

Dan yang paling penting..baca doa sebelum menaiki sebarang kenderaan..apabila segala langkah keselamatan telah dilaksanakan maka hendaklah kita bertawakkal kepada Allah SWT..:)

Selamat tahun Baru 2011

azam tahun baru lagi..?? ..hehe

all da best utk everyone pada tahun baru ni..yang penting tingkatkan keimanan dan ketakwaan kpd Allah SWT.. n mudahan beroleh ape yg dihajati...insyallah..Amin.. :)

gambar selingan...betapa teknologi makin berkembang..tahun demi tahun... ke semakin menguncup kedalam iphone tu je..??...hehe..

TAHNIAH HARIMAU MALAYA




Alhamdulillah...akhirnya..dapat juga Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010.. semoga pasukan kebangsaan Malaysia ini dikekalkan dan tanpa banyak campur tangan pihak2 lain seperti yang berlaku sebelum ini.

Yang paling penting moga momentum kemenangan seperti ini diteruskan pada masa hadapan..

So get ready utk musim baru bolasepak liga super pada tahun hadapan pulak...yeazzaa... :)

ni statistik sepanjang kejohanan :




Cayalah Malaysia !!

ni antara website yg agak crowded pada masa skrg ni..kelab penyokong bolasepak Malaysia
http://www.harimaumalaya.com :)

FINAL PIALA SUZUKI 2010

MALAYSIA VS INDONESIA

what a game..mmg best masa 1st leg lawan kt stadium bkt jalil aritu.. so adakah pasukan Malaysia akan terus mara dan berjaya mengekang asakan pasukan Indonesia di Jakarta pada hari Rabu ini..sama2 kita saksi kan..

Antara snapshot laman web AFF Suzuki Cup 2010 yang ingin aku kongsikan kt sini..enjoyz !! :)

Peribahasa yang satu ketika popular di radio THR

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

hehe..just for fun.. :)

Microsoft Security Essential

Salah satu antivirus yang terbaik untuk Microsoft Windows adalah sudah tentunya aplikasi yang dikeluarkan sendiri oleh Microsoft, iaitu Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma. Menariknya, hari ini secara rasminya Microsoft melepaskan versi kedua untuk Security Essentials, membawakan beberapa perkara baru.




Microsoft Security Essentials 2

Melalui Security Essentials 2, Microsoft membawakan beberapa penambah-baikkan, menawarkan perlindungan yang lebih bagus dengan mengintegrasikannya bersama-sama beberapa fungsi Windows. Aplikasi antivirus sekarang ini banyak bergantung kepada kemaskini definisi virus, yang mana dikatakan masih tidak mencukupi oleh Microsoft, sekaligus membawakan enjin carian yang ditambah baik ini.

Pada masa yang sama, MSE 2.0 ini juga turut sama mengintegrasikan dirinya pada beberapa aplikasi Windows sedia ada, termasuk pada Windows Firewall dan Internet Explorer, sekaligus menawarkan perlindungan menyeluruh kepada virus dan bahaya berasaskan serangan rangkaian ataupun berasaskan web.

Seperti sedia maklum, Microsoft Security Essentials 1.0 sendiri telah memperlihatkan prestasi yang amat membanggakan, selain menjadi salah satu antivirus yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Melalui Microsoft Security Essentials 2, ianya sudah tentu akan terus membawakan prestasi yang amat menakjubkan sekali.

Bagi para pengguna sedia anda, anda boleh mengemaskini aplikasi Security Essentials anda secara automatik, manakala para pengguna baru, boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Security Essentials 2 ini secara percuma daripada laman rasmi Microsoft dan mula melindungi anda sepenuhnya.

30 Laman Web Tempatan Sehingga November 2010



Jumlah ini adalah berdasarkan ape dilayari oleh lebih 17 juta pengguna internet di Malaysia.

Jikalau dilihat daripada segi laman web antarabangsa yang dilayari, seperti sedia maklum, ianya masih lagi dipegang oleh Facebook, dan diikuti oleh Google di tempat kedua. Selain daripada itu, MDA turut sama mengeluarkan laporan mengenai 30 laman web tempatan yang popular, iaitu:

1.Mudah.my
2.Lowyat.net
3.TheStar.com.my
4.MyLaunchPad.com.my
5.MalaysiaKini.com
6.HMetro.com.my
7.Utusan.com.my
8.BHarian.com.my
9.Cari.com.my
10.Kosmo.com.my

11.Maybank2u.com.my
12.Lelong.com.my
13.Fooyoh.com
14.TheMalaysianInsider.com
15.PaulTan.org
16.Sinchew.com.my
17.Sinchew–i.com
18.MStar.com.my
19.Murai.com.my
20.NST.com.my

21.CIMBClicks.com.my
22.Biz.TheStar.com.my
23.BeautifulNara.com
24.MalaysiaAirlines.com
25.iProperty.com.my
26.RHB.com.my
27.ILuvIslam.com
28.JobStreet.com.my
29.Astro.com.my
30.Kwongwah.com.my


Seperti yang dapat dilihat, trend laman popular di Malaysia, lebih kepada laman-laman berunsurkan berita, komuniti dan juga laman-laman jualan yang mana berkait rapat dengan perbankan internet. Daripada bilangan 30 laman web paling popular sepanjang November 2010 itu, kita dapat lihat, antaranya adalah PaulTan.org dan BeautifulNara.com yang mana dimulakan sebagai blog, dan kini merupakan antara laman web paling popular di Malaysia.

Mungkin sepanjang tahun hadapan, banyak lagi perubahan akan berlaku dalam laman-laman popular di Malaysia ini, dan tidak mustahil ianya mula dipegang oleh beberapa laman web berunsurkan blog.

BlackBerry Playbook

Tidak lama lagi Research In Motion (RIM) akan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu BlackBerry Playbook.

Berikut adalah rekabentuk nya. Hampir sama dgn Apple iPad bukan.. :)



Utk maklumat lanjut sila layari : http://us.blackberry.com/playbook-tablet/

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf andai kata ada salah dan silap saya...

Bagi yg pulang ke kampung berhari raya pandu lah berhati-hati dan penuh hemah.
Bagi yg naik bas atau keretapi, bujet lah masa anda agar sampai awal ke stesen..xmo satg kene tinggal...heheh..

Akhir kata.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..

al-Kisah tentang bunyi hon kenderaan

Pernah x..masa korang drive, kadang-kadang kita dengar bunyi hon dari kereta yang berselisih ataupun kereta dibelakang kita.

Percaya tau tidak..

Tahukah anda setiap bunyi hon itu ada maksud disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi hon tersebut :

- 1 x hon pendek - pemandu tu nak cakap "HAI"
- 2 x hon pendek - pemandu tu nak cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"
- 3 x hon pendek - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kt traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
- 1 x hon panjang - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
- 2 x hon panjang - pemandu tu marah "HOI"..lesen terbang ke..??!!
- 4 x atau lebih hon pendek - pemandu tu cakap :
"TILAM...TILAM...TILAM LAMA TUKAR BARU...TILAM..TILAMMMM....heheh.. :p

FIFA 2010 WORLD CUP



Demam piala dunia fifa dah mula melanda... g mane2 sume dok sembang topik yg sama...
Fernando Torres..Thierry Henry...Gallas...Rooney...Fabregas....Ribery...Messi...Eto...Anelka... nama2 ni ler yg selalu disebut2.. x lupe juga nama star2 yg tade luck utk men dalam world cup kali ni... Beckham...Rio Ferninand...Del Piero...Zidane.. oppss...dh bersara dh...hehe..

Legends of World Cup

Berikut disenaraikan lagenda worldcup yg sempat masa zaman aku ni..
Biasalah...aku kan muda lagi..ahakss... :p

1994 - Roberto Baggio, Paolo Maldini
1998 - Zinedine Zidane, David Beckham , Edgar Davids, Patrick Kluivert, Batistuta, Del Piero, Ronaldo. Michael Owen
2002 - Ronaldinho, Ahn Jung Hwan, Ballack , Miroslav Klose, Rivaldo, Louis Figo
2006 - Lucas Podolski, Philip Lahm, Fernando Torres , David Villa, Christiano Ronaldo, Wayne Rooney

2010 - ..??


Really Missed this moment... :)

Team Favourtite - France


From worldcup 1998 - until now.. i'm still a France supporter...even though they're not perform very well recently.. under the helm of the coach Raymond Domenech to be exact.. haha..

Lagu tema World Cup

lagu ni mula berkumandang sejak Kejohanan Piala Dunia 1998.. yang menarik nye..sehingga ke hari ni.. lagu ni sering dimainkan apabila sebarang kejohanan bola sepak dianjurkan.. what a song.. !! :)

BOLA RASMI PIALA DUNIA - JABULANI



... mcm biasa...setiap kali kejohanan besar bola sepak akan dilangsungkan..ada je player...team....yg akan condemn bola rasmi tersebut... dari masa WorldCup 1998 sampai ler WorldCup 2010 ni..
kebiasaan nye keeper lah yg byk complain.. sebab bola ni menjadi extra ringan semasa berada diudara...so bile sesorang player tu shoot... bola tersebut boleh secara tidak semena-mena menukar haluan nye..so akan menyukarkan penjaga gol utk mengangak lokasi bola tersebut...heheh.. same2 ler kita saksikan nanti camner piala dunia kali ni...yeah !!

The Making Of Jabulani

Best.. !! ..total precision..bola rasmi Piala Dunia 2010.. :)

The Power of X - Adidas Ads Road to World Cup

Nice video from Adidas.. featuring Beckham, Gerrard n Zidane.. :)

dlm video ni...zidane dh jadi mcm darth vader cite star wars je aku tgk..huhu..

Nokia Bercadang Mengeluarkan PC Tablet Sendiri


Selain Apple yang sedang popular dengan tablet iPad-nya, dan juga HP dengan Slate mereka, kini Nokia juga dikatakan bakal menyertai industri tablet tidak lama lagi, sekaligus bakal bersaing dengan beberapa gergasi teknologi yang lain. Berkemungkinan besar, tablet daripada Nokia ini bakal mengguna pakai platform MeeGo.

Ianya kini diura-urakan yang mana Nokia sedang berkolaborasi bersama-sama dengan beberapa pihak dalam memastikan tablet mereka dengan skrin-sentuh mula dijual di pasaran seawal tahun ini. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang baru untuk Nokia untuk bersaing dengan beberapa nama besar yang lain, kerana sebelum ini mereka pernah keluarkan netbook mereka sendiri, iaitu Nokia Booklet 3G.

Sehingga kini, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Nokia. Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini adalah benar, maka, Nokia akan bersaing dengan beberapa nama besar, selain Google sendiri yang sedang menyiapkan Chrome OS, dan dijangka akan mengeluarkan tablet mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers
Anda pengunjung ke :

Web Site Statistics