Nokia Bercadang Mengeluarkan PC Tablet Sendiri


Selain Apple yang sedang popular dengan tablet iPad-nya, dan juga HP dengan Slate mereka, kini Nokia juga dikatakan bakal menyertai industri tablet tidak lama lagi, sekaligus bakal bersaing dengan beberapa gergasi teknologi yang lain. Berkemungkinan besar, tablet daripada Nokia ini bakal mengguna pakai platform MeeGo.

Ianya kini diura-urakan yang mana Nokia sedang berkolaborasi bersama-sama dengan beberapa pihak dalam memastikan tablet mereka dengan skrin-sentuh mula dijual di pasaran seawal tahun ini. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang baru untuk Nokia untuk bersaing dengan beberapa nama besar yang lain, kerana sebelum ini mereka pernah keluarkan netbook mereka sendiri, iaitu Nokia Booklet 3G.

Sehingga kini, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Nokia. Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini adalah benar, maka, Nokia akan bersaing dengan beberapa nama besar, selain Google sendiri yang sedang menyiapkan Chrome OS, dan dijangka akan mengeluarkan tablet mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers
Anda pengunjung ke :

Web Site Statistics