Pengguna Komersil Perlu Berhati-hati Guna Facebook


Hampir semua syarikat komersil hari ini menggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Namun, kebocoran maklumat dan perubahan polisi yang terjadi baru-baru ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Hal ini mendapat perhatian beberapa pihak apabila Facebook dilihat mengubah dasar privasi pada Ahad yang lalu. Perubahan ini membolehkan mana-mana laman web pra-pengesahan mencapai maklumat sulit yang terkandung dalam setiap akaun pengguna Facebook.

Antara maklumat yang diistilahkan sebagai sulit termasuklah nama, jantina, statistik dan kekerapan atas talian, ID pengguna, status perhubungan dan gambar peribadi.

Justeru itu, pengguna Facebook khususnya pengguna komesil dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menggunakan akaun Facebook anda. Hal ini demikian kerana Facebook dilihat sebagai salah sebuah laman sosial yang sering kali mengubah dasar privasi penggunanya.

Akibat dari perubahan dasar privasinya, Facebook telah dikecam oleh pelbagai pihak melalui komen dalam sebuah blog selepas mendedahkan perubahan rasmi tersebut kepada umum.

Dalam perkembangan lain, para pengguna kini dinasihatkan untuk berhati-hati semasa log masuk melalui mana-mana laman web yang menggunakan sistem Facebook Connect kerana bimbang maklumat peribadi tersebut diakses dan dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengenalan Adobe CS5 Pada 12 April Ini


Adobe kini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sebuah majlis khas untuk pengenalan aplikasi Creative Suite 5 (CS5) pada hari Isnin, 12 April kelak. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Adobe masih merahsiakan kebanyakkan perkara yang akan mereka perlihatkan pada hari tersebut.

Sebelum ini, Adobe pernah sekali memperlihatkan sebuah video khas yang memperlihatkan beberapa perkara baru pada Adobe Photoshop CS5. Namun begitu, tiada sebarang perkara baru yang kelihatan atau bocor ke internet sejak daripada itu. Antara perkara baru pada Photoshop CS5 adalah fungsi penggunaan brush sama seperti pada Corel’s Painter, selain fungsi 3D padanya. Para pengguna Photshop CS5 juga boleh wrap imej mereka dengan mudah dengan penggunaan Puppet seperti mana terdapat di Adobe After Effects.

Pada laman rasmi pelancaran Creative Suite 5, turut diperlihatkan beberapa video khas yang memperlihatkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan mereka. Bagi yang berminat untuk mengikuti pelancaran tersebut, boleh mendaftarkan diri mereka dan mengikutinya melalui Adobe TV kelak pada 12 April.

Apple iPAD




Apple

sblm ni mac, pastu ipod , pastu muncul lak iphone.. pastu utk join dalam list gadget2 gempaq keluaran apple ni..dipersembahkan iPad ...fuhh... mantop la aku tgk preview kt tv aritu.. n yg plg best..apple bg jaminan..iPad ni akan dijual dgn harga yg extravaganza murah.. " itu harga basic ler tu "...hehe..

so nnti aku update lagi ttg Apple iPada ni ea.. ilalliqa'

Selamat Tahun Baru 2010


bile tahun baru je..sume org cite pasal azam..

- "azam ko tahun lepas dh setel ke ?"
- "aku carry forward je azam aku tahun lepas..hehe"
- "azam..perlu ke ??? "
- "azam aku skit je lg nk dicapai...tp x sempat pulak.."
- "nama ku mmg azam...so xyah nk azam2 lg dah...heheh" =p

so..anda bagaimana ??...
klu tanya aku..aku xde azam pe2...just planning utk thn 2010 ada ler... itu dikira azam gak ke ??..hehe =)

selamat tahun baru kawan2...semoga beroleh lebih byk kejayaan di tahun baru ni..dan semoga tercapai segala impian.. dan yg paling penting senantiasa di rahmati Allah Swt setiap masa.. amin..

Windows 7 Upgrade Advisor




Microsoft telah mengeluarkan satu software dengan tujuan utk melihat samada PC kita telah bersedia utk Windows 7.. Dimana ia akan scan hardware,devices dan program yg telah di install utk melihat dari sudut compatibility issues. Sekaligus akan memberi kita panduan utk menyelesaikan isu2 pada permasalahan yg timbul dan cadangan yg perlu dilaksanakan sebelum kita upgrade PC kita ke Windows 7.

Quick Details :

File Name: Windows7UpgradeAdvisorSetup.exe
Version: 2.0.4000.0
Date Published: 11/23/2009
Language: English
Download Size: 8.3 MB

Utk Download - Klik Sini

Microsoft Office 2010 -BETA





Hari ini, secara rasminya, Microsoft telah releasekan Office 2010 Beta bersama-sama dengan SharePoint Server 2010, Project 2010, Visio 2010 dan juga Office Web Apps untuk perniagaan, serta Office Mobile 2010 pada acara Professional Developers Conference yang diadakan di Los Angeles.

Versi beta ini boleh dimuat-turun dari laman Microsoft secara percuma sama seperti yang dilakukan oleh Microsoft ketika Windows 7 dahulu. Microsoft berharap dengan melakukan demikian, mereka akan mendapat maklumbalas lebih pantas daripada para pengguna supaya versi akhir kelak akan lebih baik lagi.

Versi akhir Office 2010 akan dilepaskan secara rasminya tahun hadapan, yang mana membawakan logo baru bagi setiap aplikasi, disamping beberapa perubahan pada antaramuka aplikasi Office. Pada masa yang sama, mulai tahun hadapan, setiap komputer yang datangnya dengan Windows OS akan didatangkan dengan Office Starter 2010, iaitu versi ringan Office 2010, membolehkan anda membuat perkara asas pada sesuatu dokumen.

Anda kini boleh memuat-turun Office 2010 Beta secara terus dari laman Microsoft dengan percuma, dan mencuba terlebih dahulu aplikasi pejabat daripada Microsoft ini.

So..kwn2..bleh le download software tu disini - KLIK

p/s : Microsoft Office 2007 pun ramai yg tak reti guna lg...huhu..

P1 WimaX

Potong..Potong..Potong...

Potong aje laahhh.. heheh..

ni ler iklan yg double meaning..sampai di bangkitkan dalam persidangan parlimen tuh..fuhh...


So ni ada sedikit details ape yg perlu diketahui sebelum nak potong tue..

The registration very simple…

- Bawak salinan fotostat ic sbyk 2 keping
- Tandatangan 2 borang
- Tak perlu wang deposit dll..
- Yuran bulanan adalah sebanyak RM88/- ( Kontrak selama 2 tahun )
* kalau nak kontrak selama 1 tahun je - yuran bulanan=RM99/-

Maklumat tersebut adalah utk pakej 1.2Mb..kalau nk yg lagi laju sket..amik ler pakej 2.3Mb.. dan yuran bulanan adalah dlm RM250 ++ ...




Tp sblm tue..kene le cek area umah kita tu ada tak coverage utk P1 Wimax ni.. klu xde dun worry..bleh ke website P1 dan mengundi lokasi perumahan kita tue..haa.. dan jgn lupe bgtau kwn2, sedare mare kita supaye mengundi tmpt tu juga.. sbb P1 Wimax ni hanya akan meluaskan coverage diorang hanya pada lokasi2 yg betul2 ada permintaan yg tinggi...hehe..

So..pandai2 le kita bandingkan...

p/s : but lately aku dgr ada problem skit dgn speed nye..tp mungkin temporary je kot..biasa la..klu tak ramai org subscripe mmg le laju...tp bile dh ramai..jem la sket... lumrah alam...heheh..

Final Piala Malaysia 2009



hari sabtu yg lepas aku berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil..saje jalan2 tgk suasana, kemeriahan pesta sempena Final Piala Malaysia pada tahun ni.. Perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan..




best2..sgt.. tu adalah keadaan masa di siang hari.. tetapi apabila tiba saat pintu pagar ke stadium ingin dibuka....haaa... itu baru part nk masuk stadium...blum lg part apabila wisel sepak mula ditiupkan..





...huhu..polis pun tak bleh handle penyokong2 tue..
pada pendapat aku.. keselamatan dan tahap displin penyokong2 ni perlu dikawal..agar tak jadi macam liga itali dan liga eropah yg lain..

p/s : bola sepak ni adalah satu satu cabang seni...dan penuh dgn keindahan...jika dihayati betul2... jadi mengapa perlu di huru hara kan??... =)

Tips Penjagaan Laptop




Tips penjagaan fizikal :

1. Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dindig ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mula membersihkan laptop anda.

2. Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih.

3. Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai.

4. Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard.

5. Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.

Tips keselamatan laptop anda :

1. Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta.

2. Sekiranya ingin tinggalkan laptop didalam kereta, wajib lah utk kita tanggalkn bateri nya..kerana pencuri laptop akan dpt mengesan ada nya laptop dalam sesebuah kereta itu dgn menggunakan sejenis alat pengesan isyarat..kerana majoriti kesemua laptop skrg mempunyai fungsi wifi ( wireless ) .

3. Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya. Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius.

4. Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, selimut, sofa, bantal dan sebagainya.

Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti di atas tilam. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah dan tepi laptop.

5. Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop.

6. Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air.

7. Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua.

8. Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda.

9. Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang baru.

10. Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.

Windows 7













Windows 7 telah dilancarkan secara rasminya pada 22 Oktober 2009 di seluruh dunia.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa 'Windows 7'?
Kenapa tidak menggunakan nama seperti Windows Vista dan Windows XP?


Berikut adalah sedikit penjelasan yang telah diperjelaskan oleh pihak microsoft sendiri :

- Edisi Windows yang pertama ialah Windows 1.0.
- Kedua pula ialah Windows 2.0 dan yang ketiga ialah Windows 3.0. Apabila Windows NT telah dilancarkan, kod Windows tersebut ialah Windows 3.1.
- Windows 95, 98, 98 Second Edition (SE) dan ME (Millenium Edition) telah diberi kod sebagai Windows 4.0 dan kesemuanya menggunakan kernel bukan NT atau kernel 9x.
- Windows 2000 telah diberi versi kod sebagai Windows 5.0 dan Windows XP sebagai Windows 5.1.
- Versi yang seterusnya ialah Windows Vista dan menggunakan kod versi Windows 6.0.

- Sejak Windows 7 sebagai versi keluaran Windows yang seterusnya, Microsoft telah membuat keputusan untuk memanggilnya Windows 7 untuk kemudahan dan kefahaman yang lebih mendalam.
...
Berikut adalah harga ( Retail Prices ) :
Windows 7 Ultimate - RM648
Windows 7 Professional - RM478
Windows 7 Home Premium - RM368
Windows 7 Starter (Pek OEM) - RM148


p/s : smlm aku g lowyatt survey windows 7 ni.. " geram je tgk...he2 " ..

Penyebaran Virus Komputer Melalui Auto-RUN

Mungkin ramai pengguna Windows sedia maklum, salah satu sebab mengapa sistem operasi mereka dijangkiti virus adalah disebabkan oleh fungsi AutoRun pada Windows. Untuk mengatasinya, Windows 7 kelak akan menyahaktifkan fungsi tersebut, dan yang menariknya, anda juga kini boleh menyahaktifkannya pada XP dan Vista.

Pada Windows XP dan Windows Vista, AutoRun dipergunakan pada kebanyakkan peralatan storan, termasuk CD, DVD dan USB thumb drive. Kebiasaannya, fail AutoRun.inf yang disertakan didalamnya akan menjalankan aplikasi lain secara automatik, sekaligus mendedahkan komputer anda kepada virus dengan mudahnya.

Melalui kemaskini yang disediakan oleh Microsoft untuk Windows XP dan Windows Vista, anda boleh menyahaktifkan fungsi AutoRun.inf, sekaligus menidakkan sebarang pemasangan aplikasi secara automatik. Sekiranya, anda perlu memasang sesuatu aplikasi (seperti penggunaan modem USB dan sebagainya), anda perlu lakukannya secara manual.

Anda boleh memuat-turun kemaskini AutoRun ini untuk Windows XP dan Vista daripada laman rasmi Microsoft.

Untuk Windows XP - klik sini

Untuk Windows VisTa - klik sini

Antivirus AVG 9.0


Pengguna komputer sering mengeluh tentang antivirus yg di install akan menyebabkan tahap kelajuan sistem semakin menurun..

Ini tidak dapat disangkal lagi, kerana memang terdapat sesetengah antivirus yang mempunyai saiz yang agak besar dan memerlukan ruang yang besar untuk beroperasi dengan baik.

Diatas kesedaran ini.. kini antivirus AVG 9.0 mungkin merupakan salah satu penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

AVG versi 9.0 sudah boleh dimuat-turun dan dicuba, yang mana membawakan sokongan khas kepada sistem operasi terbaru Windows, iaitu Windows 7. Bermula semalam, para pengguna sudah boleh mendapatkan AVG Internet Security 9.0, AVG Anti-Virus 9.0 dan AVG Firewall 9.0.

esemua produk terkini AVG ini membawakan sokongan kepada sistem operasi 32-bit dan juga 64-bit. Menariknya, AVG merupakan antivirus terawal yang memberikan sokongan penuh kepada sistem operasi Windows 7, sejak awal Januari 2009 lagi.

Melalui AVG 9.0, pembuat antivirus tersebut membawakan kepantasan dan penjimatan penggunaan memori berbanding sebelumnya. Masa untuk scan virus dikurangkan sehingga 50%, manakala penggunaan memori dikurangkan sehingga 15%. Selain daripada itu, fungsi perlindungan masa-nyata pada AVG 9.0 juga membawakan perlindungan penggunaan cloud-computing, serta beberapa perkara lain pada masa-nyata.

AVG Internet Security dan Anti-Virus masing-masing berharga antara $35 hingga $50. Anda juga boleh mencuba AVG Free 8.5 yang juga turut sama menyokong Windows 7 dan menyediakan fungsi-fungsi asas dalam perlindungan komputer.

Untuk download dan info selanjutnya tentang AVG 9.0 - klik sini

Talking




Great People Talk About Ideas

Average People Talk About Things

Small People Talk About Peoples
...so which side are we....?? =)

Salam Aidilfitri 2009



Dikesempatan ni.. saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap..

Semoga berbahagia di hari lebaran ini..dan berhati-hati di perjalanan..ingat yang terSayanG..

Selamat Hari Rayer !!!.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers
Anda pengunjung ke :

Web Site Statistics