Antivirus AVG 9.0


Pengguna komputer sering mengeluh tentang antivirus yg di install akan menyebabkan tahap kelajuan sistem semakin menurun..

Ini tidak dapat disangkal lagi, kerana memang terdapat sesetengah antivirus yang mempunyai saiz yang agak besar dan memerlukan ruang yang besar untuk beroperasi dengan baik.

Diatas kesedaran ini.. kini antivirus AVG 9.0 mungkin merupakan salah satu penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

AVG versi 9.0 sudah boleh dimuat-turun dan dicuba, yang mana membawakan sokongan khas kepada sistem operasi terbaru Windows, iaitu Windows 7. Bermula semalam, para pengguna sudah boleh mendapatkan AVG Internet Security 9.0, AVG Anti-Virus 9.0 dan AVG Firewall 9.0.

esemua produk terkini AVG ini membawakan sokongan kepada sistem operasi 32-bit dan juga 64-bit. Menariknya, AVG merupakan antivirus terawal yang memberikan sokongan penuh kepada sistem operasi Windows 7, sejak awal Januari 2009 lagi.

Melalui AVG 9.0, pembuat antivirus tersebut membawakan kepantasan dan penjimatan penggunaan memori berbanding sebelumnya. Masa untuk scan virus dikurangkan sehingga 50%, manakala penggunaan memori dikurangkan sehingga 15%. Selain daripada itu, fungsi perlindungan masa-nyata pada AVG 9.0 juga membawakan perlindungan penggunaan cloud-computing, serta beberapa perkara lain pada masa-nyata.

AVG Internet Security dan Anti-Virus masing-masing berharga antara $35 hingga $50. Anda juga boleh mencuba AVG Free 8.5 yang juga turut sama menyokong Windows 7 dan menyediakan fungsi-fungsi asas dalam perlindungan komputer.

Untuk download dan info selanjutnya tentang AVG 9.0 - klik sini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers
Anda pengunjung ke :

Web Site Statistics